Skip to main content

Bola Sepak

Rodney Celvin simpati nasib Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodney-celvin.jpg
Bekas pertahanan Kedah Darul Aman, Rodney Celvin Akwensivie, mengakui berasa simpati dengan keadaan semasa bekas majikannya itu.

Liga belum pun bermula tetapi Lang Merah sudah pun dikenakan pemotongan tiga mata rentetan kegagalan mereka menyelesaikan hutang gaji pemain dan pegawai sepanjang musim lalu pada tarikh yang ditetapkan badan bebas, First Instance Body (FIB), pada 30 April lalu.

Bahkan, jika gagal menyelesaikannya pada tarikh lanjutan 20 April ini, Kedah berkemungkinan akan diturunkan ke saingan Liga M3.

Rodney Celvin, yang akan memperkuatkan Kuching City bagi saingan musim ini, turut mengakui punca dia meninggalkan pasukan itu adalah disebabkan isu kelewatan pembayaran gaji.

"Saya agak susah untuk komen tetapi agak rugi untuk Kedah terkeluar daripada saingan Liga (Super) Malaysia ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kerana kita tahu Kedah pasukan yang hebat dan memiliki pemain yang berkualiti.

"Jadi, ia merupakan satu kerugian jika perkara itu benar-benar berlaku.

"Saya juga agak terasa apabila tiada gaji kerana kami sebagai pemain, ada komitmen untuk diselesaikan dan untuk memberi kepada keluarga.

"Jadi sebagai jalan terbaik, saya memilih untuk menamatkan kontrak lebih awal," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video