Skip to main content

Bola Sepak

Rochdale jadi mangsa amukan Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

49ad323b00000578-5446809-image-a-77_1519852691187.jpg
TOTTENHAM HOTSPUR 6 ROCHDALE 1

Tottenham Hotspur membuktikan mereka serius dalam mencabar kejuaraan Piala FA musim ini apabila membelasah Rochdale 6-1 dalam aksi ulangan pusingan kelima di Stadium Wembley, awal pagi tadi.


Selepas diikat 2-2 dalam perlawanan pertama di Spotland pada 19 Februari lalu, ternyata anak-anak buah Mauricio Pochettino turun dengan hajat besar apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Erik Lamela, namun gol itu tidak dikira selepas pengadil menelitinya melalui sistem video bantuan pengadil (VAR).

Situasi itu tidak mematahkan semangat Spurs untuk terus memburu gol dan ia hanya berhasil pada minit ke-23 menerusi rembatan Son Heung-Min selepas pemain dari Korea Selatan itu menerima hantaran pendek Lamela.

Bagaimanapun, gol itu hanya bertahan selama lapan minit apabila penyerang berusia 20 tahun, Stephen Humphrys, bijak melepasi perangkap ofsaid untuk membolehkan Rochdale mengikat kedudukan 1-1.

Setelah tamat babak pertama, skuad bimbingan Pochettino ibarat dilahirkan semula ketika separuh masa kedua bersambung apabila hanya memerlukan dua minit untuk menambah jaringan.

Bola lorongan Lucas Moura tenang disambut Fernando Llorente dan disusuli lambungan melepasi penjaga gol, Josh Lillis, untuk menambah gol buat Spurs, sebelum hantaran Moura enam minit kemudian sekali lagi menemui Llorente untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Tandukan pada minit ke-59 membolehkan Llorente melengkapkan hatrik pertamanya buat Spurs sejak menyertai kelab London itu pada musim panas lalu dan Heung-Min turut menambah jaringan kedua peribadi pada minit ke-65.

Tatkala aksi bakal berakhir dengan enam jaringan di Wembley, Kyle Walker-Pieters menjadikan kedudukan 6-1 untuk mengesahkan laluan Spurs ke suku akhir Piala FA, musim ini.

Tottenham bakal bertemu Swansea City dalam kelompok lapan terakhir di Stadium Liberty pada 17 Mac ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Piala FA Inggeris
Sabtu, 06 Dis
Round 2
03:30 AM
Salford City-team-logo Salford City
Leyton Orient-team-logo Leyton Orient
11:00 PM
Cheltenham Town-team-logo Cheltenham Town
Buxton FC-team-logo Buxton FC
11:00 PM
Port Vale-team-logo Port Vale
Bristol Rovers-team-logo Bristol Rovers
11:00 PM
Stockport County-team-logo Stockport County
Cambridge United-team-logo Cambridge United
11:00 PM
Peterborough United-team-logo Peterborough United
Barnsley-team-logo Barnsley
11:00 PM
Exeter City-team-logo Exeter City
Wycombe Wanderers-team-logo Wycombe Wanderers
11:00 PM
Milton Keynes Dons-team-logo Milton Keynes Dons
Oldham Athletic-team-logo Oldham Athletic
11:00 PM
Chelmsford City-team-logo Chelmsford City
Weston Super Mare-team-logo Weston Super Mare
11:00 PM
Accrington Stanley-team-logo Accrington Stanley
Mansfield Town-team-logo Mansfield Town
11:00 PM
Fleetwood Town-team-logo Fleetwood Town
Luton Town-team-logo Luton Town
11:00 PM
Grimsby Town-team-logo Grimsby Town
Wealdstone FC-team-logo Wealdstone FC
11:00 PM
Wigan Athletic-team-logo Wigan Athletic
Barrow-team-logo Barrow
11:00 PM
Swindon Town-team-logo Swindon Town
Bolton Wanderers-team-logo Bolton Wanderers

Must Watch Video