Roberto Mancini tidak mahu ketinggalan terbabit dalam evolusi bola sepak di Arab Saudi apabila menyahut cabaran mengemudi pasukan kebangsaan, dua minggu meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Itali.
Jurulatih berumur 58 tahun itu memacu kejayaan skuad Azzuri dalam Euro 2020 dengan rekod 37 perlawanan tanpa kalah tetapi gagal layak ke Piala Dunia 2022.
"Saya percaya ini adalah peluang yang baik untuk saya untuk pengalaman bola sepak di negara baru terutama dengan peningkatan populariti bola sepak di Asia," katanya.
"Kehadiran pemain terkemuka dalam Liga Pro Saudi menunjukkan potensi untuk berkembang dalam kancah bola sepak di peringkat antarabangsa."
Mancini bersetuju memeterai kontrak hingga 2027 dan akan mempersiapkan skuad yang melakar kejutan ke atas Argentina dalam edisi Piala Dunia di Qatar itu sempena menghadapi Costa Rica di St James' Park, awal bulan depan.

I am excited to announce that I am joining the Saudi Arabia Football Federation as Head Coach of the National Team. I am delighted and honored to have been selected for such prestigious role, as a sign of appreciation and recognition for all the work done during these years. pic.twitter.com/lW2pF0rVar
— Roberto Mancini (@robymancio) August 27, 2023