Roberto Firmino guru sempurna buat Cody Gakpo -- Van Dijk

Shaiful Shamsudin
Mac 6, 2023 07:36 MYT
Roberto Firmino merupakan pemain legenda Liverpool di mata Virgil van Dijk dan guru yang sempurna buat Cody Gakpo.
Firmino telah memaklumkan kepada The Reds bahawa dia akan meninggalkan kelab itu sebaik kontraknya tamat di penghujung musim ini, sekali gus menamatkan karier lapan tahun yang sarat dengan trofi di Anfield.
Penyerang Brazil itu dimasukkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol terakhir Liverpool dalam kemenangan 7-0 ke atas Manchester United semalam, jaringannya yang kelapan dalam 18 penampilannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Selepas seminggu masa depan Firmino menjadi tumpuan utama, Van Dijk memuji impaknya terhadap kejayaan pasukan.
"Anda tidak boleh menafikan betapa pentingnya kelibat Firmino untuk kejayaan yang kami miliki," kata pertahanan itu kepada pemberita.

12 - Liverpool have scored each of the last 12 goals in Premier League games between themselves and Manchester United at Anfield. Floodgates. pic.twitter.com/qxCAFWs69a

— OptaJoe (@OptaJoe) March 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tetapi sebagai manusia juga, dia seorang insan yang hebat dan saya mendoakan yang terbaik untuknya selepas musim panas.
“Buat masa ini, kami masih mempunyai sasaran untuk dicapai dan dia tahu mengenainya. Dia mahu memastikan kami juga memenuhinya.
"Dia sangat berpengaruh dan dia pastinya harus diingati sebagai salah seorang legenda."
#Liverpool #Virgil van Dijk #Roberto Firmino #Cody Gakpo
;