Robert Lewandowski menuduh Bayern Munich mengada-adakan cerita karut tentang dirinya dalam usaha untuk memenangi hati peminat sebelum penyerang itu melengkapkan perpindahannya ke Barcelona.
Barca perlu menjelaskan bayaran awal sebanyak €45 juta (RM204.8j) untuk menandatangani Lewandowski yang mempunyai baki kontrak setahun lagi dan telah menyatakan hasratnya untuk pergi selepas gagal dalam perbincangan melanjutkan kontrak.
Lewandowski menafikan mahu keluar kerana juara Bundesliga itu dilaporkan berminat terhadap bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland, yang akhirnya memilih Manchester City.
Walaupun dia tidak mengulas panjang lebar tetapi sempat mengecam bekas kelabnya itu kerana sengaja memberi gambaran yang tidak tepat.
"Tidak, ua tiada kaitan dengan Erling," katanya kepada ESPN FC.
"Saya adalah seseorang yang walaupun sesuatu tidak baik terjadi ke atas, kebenaran adalah lebih penting.
"Saya tidak mahu bercakap tentang apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi bukanlah keputusan saya untuk berpindah didorong kehadirannya (Erling), saya tidak nampak sebarang masalah andai dia menyertai Bayern Munich.
"Tetapi sesetengah orang tidak memberitahu saya perkara sebenar, mereka mengatakan sesuatu yang berbeza. Dan bagi saya, adalah sentiasa penting untuk menjadi berterus-terang, kekal benar dan mungkin segelintir orang itulah menjadi punca masalahnya.
“Akhirnya, saya tahu ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik dan saya rasa mungkin ini masa yang baik untuk keluar Bayern Munich dan menyertai Barcelona.
“Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rakan sepasukan, kakitangan, jurulatih dan ini semua perkara yang saya akan rindui memandangkan saya menghabiskan masa yang indah di sana.
"Kami bukan sahaja berkawan di atas padang tetapi lebih daripada itu. Tetapi pada akhirnya, saya perlu membuka lembaran baru dalam hidup dan kerjaya saya.
"Jadi saya rasa saya berada di kedudukan yang tepat, tempat yang betul. Jadi semua yang berlaku dalam beberapa minggu terakhir sebelum saya meninggalkan Bayern Munich, sudah tentu banyak politik berlaku.
"Kelab itu cuba mencari hujah mengapa mereka patut menjual saya kepada kelab lain kerana sebelum ini ia sukar untuk dijelaskan kepada peminat. Saya terpaksa akur walaupun banyak cerita mengarut tentang saya.
"Ia tidak benar tetapi saya tahu peminat tetap menyokong saya walaupun dalam tempoh ini."

Lewyyyyyyyy!!!! pic.twitter.com/ShsTnbaygY
— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 28, 2022