Skip to main content

Bola Sepak

Robben kabur sempat sarung jersi Bayern lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arjen-robben.jpg
Arjen Robben tidak pasti sama ada dia akan terus menyarung jersi Bayern Munich musim depan ekoran sering dibelenggu kecederaan yang menjejaskan penampilannya bersama gergasi Bundesliga berkenaan. 

Pemain Belanda itu belum lagi bersetuju dengan kontrak baru di Allianz Arena dan ini bermakna dia boleh meninggalkan kelab itu sebaik kontraknya tamat musim panas ini. 

Robben belum diturunkan Bayern sejak November lalu ekoran menderita masalah betis bulan lalu, justeru dia bimbang sekiranya tidak cukup sesuai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong kelab. 

"Saya ditimpa kecederaan dan saya tidak pasti sekiranya boleh bermain untuk Bayern lagi atau tidak musim ini," katanya kepada Sky Sport.

"Ia mengecewakan kerana saya belum pasti apakah masalah yang menimpa saya."

Tambah Robben, dia belum memutuskan langkah seterusnya jika perlu meninggalkan Bayern dalam tempoh dua bulan lagi.

Menurutnya: "Terdapat permintaan dan panggilan daripada beberapa kelab luar tetapi pada masa ini, saya hanya ingin memastikan saya boleh berlatih dalam jangka masa yang lama."

Robben dikaitkan akan melebarkan kariernya di Amerika Syarikat dengan Toronto dan Serie A dengan Inter dilaporkan menunjukkan minat terhadap sentuhannya. 

 

Advertisement

Must Watch Video