Riqui Puig tempelak kaedah Barcelona sisih pemain

Shaiful Shamsudin
Ogos 24, 2022 10:43 MYT
Riqui Puig menganggap Barcelona telah melukai hatinya dengan mengarahkannya agar berlatih berasingan sebelum dia angkat kaki ke Los Angeles Galaxy.
Malah, dia mengkritik pendekatan kelab gergasi LaLiga itu yang sanggup menekan pemain agar pergi.
Pemain tengah berusia 23 tahun itu membuat perpindahan mengejut ke Liga Bolasepak Utama (MLS) bulan ini dengan perjanjian tiga setengah tahun selepas dianggap sebagai pemain lebihan di Camp Nou.
Puig membuat kemunculan pertama bersama Galaxy sebagai pemain gantian ketika mereka terikat 3-3 dengan Seattle Sounders.
Ketika Barca mengadakan pra-musim di Amerika Syarikat (AS), bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu diarahkan berlatih di pangkalan latihan termasuk empat lagi rakan sepasukannya.
Justeru, Puig berasakan dia sepatutnya dilayan dengan lebih baik.
“Ia adalah bulan yang sukar kerana saya tidak pernah melihatnya seperti ini sebelum ini, memninggirkan pemain tatkala Barcelona mengharungi kempen jelajah,” katanya.

Riqui is ready to shine in the City of Dreams ✨@RiquiPuig x #LAGalaxy pic.twitter.com/ivMSKwnsXi

— LA Galaxy (@LAGalaxy) August 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya faham kedudukan kelab, mereka mahu memberi tekanan kepada pemain untuk pergi tetapi masih ada cara lain lagi untuk melaksanakannya.
“Sangat sukar berada di Barcelona, ​​saya diarah supaya berlatih bersendirian dengan empat lagi rakan sepasukan yang turut bersama saya.
“Selepas tujuh tahun di kelab ini, perlu berada di pangkalan latihan Barcelona tatkala semua rakan sepasukan saya beraksi di Los Angeles, ia sebenarnya amat menyakitkan saya.
"Ia adalah situasi yang sukar dan kadangkala anda perlu membuat keputusan, mereka telah membuat keputusan ini tetapi saya tidak bersetuju dengannya."
#Barcelona #Los Angeles Galaxy #Riqui Puig