Jurulatih Selangor, P. Maniam, mengakui halangan yang dilalui The Red Giants sebelum Liga Super bermula menjadi pembakar semangat buat pemainnya melakar kemenangan dalam pertemuan 'derby' Lembah Klang menentang Kuala Lumpur, semalam.
Selangor dihimpit isu gelanggang rasmi sebelum memulakan kempen musim ini.
Selain tidak dibenarkan beraksi di gelanggang keramat Stadium Shah Alam, pasukan itu juga tidak mendapat kelulusan untuk menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Namun, anak buah Maniam berjaya membuktikan masalah itu bukan penghalang kepada mereka menerusi kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur dengan dibantu dua gol penyerang import, Rufino Segovia.
"Kami sentiasa mengingatkan bahawa inilah rintangan yang perlu kami hadapi dan kami berjaya membuktikan perlawanan ini lebih penting.
"Sebelum perlawanan, pemain sangat positif dan percaya kami boleh menang," kata Maniam.
Sementara itu, wira Selangor, Segovia, mahu meraikan dua gol yang dirakamkan itu sebagai usaha sebuah pasukan.
"Dua jaringan pasti menggembirakan seseorang pemain.
"Hari ini (malam tadi) saya berkesempatan menyumbat dua gol, saya ingin meraikan kejayaan ini bersama pasukan," kata penyerang dari Sepanyol itu.
Sementara itu, pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel, tidak panik dengan langkah kiri pasukannya sebagai pendatang baru Liga Super, sebaliknya tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.
"Saya tahu kami telah menampilkan permainan yang baik.
"Sebab itulah saya bangga dengan aksi anak buah saya dari minit pertama sehinggalah wisel penamat.
"Kami tidak mengalah, kami mengasak dan cuba menyumbat gol, namun peluang terhidang gagal disudahkan.
"Hari ini tidak memihak kami," kata pengendali kelahiran Brazil itu.
Kredit imej: FA Selangor