Richarlison mencetak gol dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Mei 2022
Pemain kelahiran Brazil itu kini telah menjaringkan sebanyak 53 gol dan 22 assist sekaligus menyamai rekod dilakar Gareth Bale dalam saingan EPL.
Gol ketiga Richarlison dalam dua perlawanan menyaksikan Tottenham Hotspur langkah kanan dalam aksi menentang Nottingham Forest sebelum Dejan Kulusevski pastikan skuad kendalian Ange Postecoglou capai kemenangan biarpun beraksi dengan 10 pemain selepas Yves Bissouma dilayangkan kad merah pada minit ke-70.
Keputusan ini turut membawa Spurs di tangga kelima liga berkongsi mata bersama Manchester City yang masih ada satu perlawanan dalam tangan.
Forest pula huni tangga ke-16 liga, lima mata di atas zon relegasi, namun hanya raih satu kemenangan daripada 13 perlawanan terakhir jelas tambah tekanan buat pengedalinya, Steve Cooper.
Spurs mendominasi majoriti babak pertama, dengan jaringan Richarlison di masa tambahan sebelum menuju ke bilik persalinan.
Anak buah Copper berjaya mengikat kedudukan satu sama menjelang satu jam perlawanan, namun jaringan Anthony Elanga tidak dikira akibat ofsaid ketika menerima hantaran oleh Neco Williams.
Kesilapan penjaga gol Matt Turner membawa padah di separuh masa kedua, pantas dihukum oleh Kulusevski yang merembat padu merobek gawang Forest buat kali kedua.
Jaringan Kulusevski turut membawa kepada rekod tersendiri buat dirinya, menjadi pemain keempat dalam sejarah kelab Tottenham selepas Dimitar Berbatov, Son Heung-min dan Harry Kane untuk mencatat jaringan dan assist berturut di laman lawan.
Kulusevski ➡️ @Richarlison97 ⚽️
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) December 16, 2023
O pombo with his third goal in two games! ? pic.twitter.com/pYSuAhKtA4
Pemain kelahiran Brazil itu kini telah menjaringkan sebanyak 53 gol dan 22 assist sekaligus menyamai rekod dilakar Gareth Bale dalam saingan EPL.
Gol ketiga Richarlison dalam dua perlawanan menyaksikan Tottenham Hotspur langkah kanan dalam aksi menentang Nottingham Forest sebelum Dejan Kulusevski pastikan skuad kendalian Ange Postecoglou capai kemenangan biarpun beraksi dengan 10 pemain selepas Yves Bissouma dilayangkan kad merah pada minit ke-70.
Spurs are reduced to ten men as Yves Bissouma sees red ?
— Premier League (@premierleague) December 15, 2023
Will Nott'm Forest take advantage of the extra man?#NFOTOT pic.twitter.com/KlVh2NjeV3
Keputusan ini turut membawa Spurs di tangga kelima liga berkongsi mata bersama Manchester City yang masih ada satu perlawanan dalam tangan.
Forest pula huni tangga ke-16 liga, lima mata di atas zon relegasi, namun hanya raih satu kemenangan daripada 13 perlawanan terakhir jelas tambah tekanan buat pengedalinya, Steve Cooper.
Spurs mendominasi majoriti babak pertama, dengan jaringan Richarlison di masa tambahan sebelum menuju ke bilik persalinan.
Anak buah Copper berjaya mengikat kedudukan satu sama menjelang satu jam perlawanan, namun jaringan Anthony Elanga tidak dikira akibat ofsaid ketika menerima hantaran oleh Neco Williams.
Kesilapan penjaga gol Matt Turner membawa padah di separuh masa kedua, pantas dihukum oleh Kulusevski yang merembat padu merobek gawang Forest buat kali kedua.
Jaringan Kulusevski turut membawa kepada rekod tersendiri buat dirinya, menjadi pemain keempat dalam sejarah kelab Tottenham selepas Dimitar Berbatov, Son Heung-min dan Harry Kane untuk mencatat jaringan dan assist berturut di laman lawan.
✅ Dimitar Berbatov
— Premier League (@premierleague) December 15, 2023
✅ Son Heung-min
✅ Harry Kane
? Dejan Kulusevski
The only players to score and assist in consecutive away matches for @SpursOfficial ⚽️?️ pic.twitter.com/CY8rF7IRno