Skip to main content

Bola Sepak

Richard Chin jadi bualan media Scotland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

richard.jpg
Penampilan pertama Richard Chin bersama Harimau Malaya menjadi sebutan media Scotland baru-baru ini.

Portal The Courier melaporkan Richard menjadi pemain Raith Rovers ke-10 yang meraih sekurang-kurangnya satu penampilan antarabangsa ketika bersama kelab itu.
 

Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu menyertai senarai eksklusif pemain The Rovers yang membuat penampilan di peringkat antarabangsa.

Selain Richard, antara pemain yang pernah merekodkan penampilan antarabangsa ketika bersama Raith Rovers ialah Willie McNaught, Stevie Crawford dan Marvin Andrews.

Bekas pemain remaja Charlton Athletic itu turut menjadi pemain The Rovers ketujuh selepas Perang Dunia Kedua (WWII) yang membuat penampilan antarabangsa.

Richard tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-80 menggantikan pemain Selangor FC, Quentin Cheng.

Meskipun hanya sempat beraksi selama 14 minit, bekas pemain Farnsborough itu membantu skuad negara menewaskan Palestin 1-0.

Richard kini sudah kembali menyertai Raith Rovers dan bersiap sedia membantu kelab itu mengharungi aksi Scottish Championship seterusnya.

Pasukan yang dibimbing legenda Dundee United, Barry Robson itu bakal menentang St. Johnstone pada 13 September ini.-MB

Advertisement

Must Watch Video