Skip to main content

Bola Sepak

Resipi ringkas Forestieri jadi mesin gol JDT

forestieri.jpg
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Fernando Forestieri, belum mahu menjadikan Anugerah Kasut Emas Liga Super sebagai misi peribadinya apabila menegaskan kemenangan pasukan adalah lebih penting.

Bekas penyerang Udinese berusia 33 itu kini mengungguli senarai penjaring terbanyak musim ini dengan tujuh gol selepas meledak satu gol bertemu Kedah Darul Aman di laman sendiri, malam tadi. 

Forestieri mengharungi musim cemerlang bersama Harimau Selatan dalam musim pertamanya tahun lalu apabila berada di kedudukan tiga teratas senarai penjaring terbanyak divisyen utama Liga Malaysia (Liga-M) itu dengan keseluruhan 13 gol. 

"Saya cukup gembira kami dapat beraksi dengan baik.

"Apa yang penting dengan gol yang terhasil itu ialah kami berlari dan beri tekanan.




"Saya cuba membantu rakan pasukan dan buat apa yang diperlukan. 

"Tetapi secara dasarnya saya perlu berlari untuk rakan sepasukan," kata sejurus perlawanan. 

Kecemerlangan JDT dalam saingan Liga Super seolah-olah mustahil apabila sudah mencetak 36 gol dalam lapan perlawanan selain hanya dibolosi sekali.

 

Advertisement

Must Watch Video