Skip to main content

Bola Sepak

Rennes cipta kejutan atasi PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karl-toko-ekambi_10wn1djco3iul18e363ttykome.jpg
Paris Saint-Germain tewas 2-0 menentang Rennes dalam aksi Ligue 1, dengan Karl Toko Ekambi dan Arnaud Kalimuendo menjaringkan gol untuk meningkatkan tekanan ke atas Christophe Galtier.

PSG dicemuh pada separuh masa oleh penonton Parc des Princes selepas Toko Ekambi membuka jaringan untuk memberikan Rennes pendahuluan mengejut, berikutan beberapa siri percubaan tersasar daripada Kylian Mbappe.

Keadaan menjadi lebih buruk kepada pendahulu liga itu, apabila bekas penyerang PSG, Kalimuendo menyempurnakan hantaran lintang Lesley Ugochukwu untuk mencetuskan kemarahan penyokong tuan rumah.

Kemenangan empat perlawanan PSG dalam Ligue 1 berakhir dengan kekecewaan apabila Rennes memastikan tiga mata penuh dan pasukan kendalian Galtier yang di bawah tekanan boleh melihat kelebihan mereka di puncak berkurangan kepada tujuh mata apabila Marseille melawat Reims.
   

Advertisement

Must Watch Video