EPL
Rekod bersih calon juara EPL berakhir di tangan Grealish
Pemain pinjaman dari Manchester City, Jack Grealish, menjadi wira Everton apabila menewaskan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Hill Dickinson, semalam.
Jaringan pada minit ke-93 oleh pemain kebangsaan England itu, sekali gus menghentikan rekod tanpa kalah The Eagles dalam 19 aksi liga.
Meskipun hadir selaku pilihan di atas kertas, pasukan pelawat banyak mensia-siakan peluang terhidang untuk membawa pulang tiga mata penuh.
Iklan
"IT'S IN! It's Jack Grealish! And this stadium ERUPTS!" 🔉#EVECRY highlights are out now. ▶️— Everton (@Everton) October 5, 2025
Juara Piala FA Inggeris yang dianggap selaku antara calon juara EPL itu terpaksa akur dengan kekebalan tuan rumah, dan gagal memperbaiki kedudukan carta yang menyaksikan Palace berada di tempat keenam di atas Chelsea.
Bagi Grealish pula, dengan berbekalkan empat bantuan gol dan satu jaringan, berharap namanya disenaraikan oleh Thomas Tuchel untuk menjadi sandaran The Three Lions dalam perlawanan antarabangsa, selepas ini. 

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain. Dapatkan Sekarang
Must-Watch Video



