LIGA INGGERIS
Rekod 100 gol Tottenham: Moura puji trio serangan Spurs
Lucas Moura memuji pendekatan menyerang Tottenham untuk menjadi pasukan kedua dalam lima liga utama Eropah mencapai jumlah 100 gol dalam kesemua kejohanan musim ini.
Gol keempat Tottenham yang dijaringkan Harry Kane ketika menewaskan Crystal Palace 4-1 hujung minggu lalu memastikan Spurs mencapai jaringan tiga angka musim ini.
Hanya Bayern Munich (106) telah menjaringkan lebih banyak gol sepanjang musim 2020-21 dalam kelompok kelab-kelab elit Eropah.
Iklan
Tottenham telah menjaringkan 13 gol daripada empat perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan dengan pengurus, Jose Mourinho, mempertaruhkan gandingan Kane, Son Heung-min dan Gareth Bale di bahagian depan.
Kualiti yang dimiliki gandingan Kane dan Son sememangnya sudah diketahui selepas mereka memecahkan rekod Alan Shearer dan Chris Sutton sebagai rekod bantuan dan jaringan sesama sendiri dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini tetapi kehadiran Bale menambahkan lagi kekuatan mereka.100 - Harry Kane's second goal of the evening was Tottenham's 100th goal in all competitions this season, becoming the second club in Europe's big-five leagues to reach that tally in 2020-21, after Bayern Munich (106). Century. pic.twitter.com/zY0CjEmuow— OptaJoe (@OptaJoe) March 7, 2021
Pemain kebangsaan Wales itu telah menjaringkan enam gol daripada lima perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan, termasuk tiga berturut-turut di laman sendiri selepas hanya menghasilkan empat gol dalam 16 penampilan pertama untuk Spurs musim ini.
"Kami mempunyai terlalu banyak kualiti dan jika kami terus mengawal bola dan melakukan serangan, kami mengurangkan risiko untuk pasukan lawan menyerang kami dan mereka boleh memenangi perlawanan buat kami," kata Moura.
"Bagi saya, kami mempunyai pemain yang luar biasa, kami mempunyai pemain yang kreatif dan kami perlu mengawal bola untuk menguasai perlawanan. Perkara terpenting adalah kami menggunakan pemain seperti ini dalam setiap perlawanan.3 - Gareth Bale has scored in each of his last three home appearances in all competitions, the first time he has done so since September 2018 for Real Madrid (four in a row), and first time for Spurs since May 2013. Comfort. https://t.co/mN8LC3QstP— OptaJoe (@OptaJoe) March 7, 2021
"Saya amat gembira, saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan berasa amat selesa bermain bersama mereka. Saya gembira bersama pasukan ini dan gembira dengan keputusannya. Kami hanya perlu meneruskannya seperti ini.
"Saya fikir perkara utama adalah mentaliti kerana kami hanya memerlukan keyakinan terhadap diri kami.
"Kami perlu sedar betapa bagusnya kami kerana kami memiliki pemain yang hebat, skuad yang amat bagus dan kualiti untuk memenangi perlawanan EPL. Apabila kami menyedarinya dan mempunyai keyakinan, kami mampu menguasai perlawanan," katanya.
14 - Harry Kane and Son Heung-Min have now assisted one another for 14 Premier League goals this season, breaking Alan Shearer and Chris Sutton's all-time record of 13 set in 1994-95 for Blackburn. Telepathy. pic.twitter.com/rewuUwCxPG— OptaJoe (@OptaJoe) March 7, 2021
Must-Watch Video