Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Rekaan jersi baru Selangor FC gamit nostalgia Supermokh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Selangor FC melancarkan jersi utama bagi musim 2021 dalam satu tayangan perdana laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi.

Menariknya, rekaan jersi itu menggunakan rona tiga warna dan persis jersi edisi 1986 yang pernah disarung legenda pasukan Gergasi Merah itu, Datuk Mokhtar Dahari (Supermokh).

Bertemakan legasi selama 85 tahun pasukan itu, Selangor menggunakan tema "Legasi Mokhtar Dahari" sebagai elemen utama bagi mengenang ikon bola sepak Selangor dan Malaysia itu, yang  amat disegani sehingga ke hari ini.

"Diinspirasikan daripada rekaan jersi yang disarung oleh pasukan Selangor hanya untuk sekali, iaitu sewaktu final Piala Malaysia pada tahun 1986, beliau(Mokhtar) merupakan tonggak utama pasukan dalam menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang ke-27 pada tahun tersebut," kata satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi pasukan itu.

"Jersi utama 2021 ini masih mengekalkan beberapa elemen penting daripada jersi tahun 1986, antaranya ialah warna jersi di mana warna merah, kuning dan hijau di jersi ini diambil daripada bendera Raja Muda Selangor (RMS) sebagai penghormatan kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor yang pada ketika itu merupakan DYTM Raja Muda Selangor serta penyokong nombor satu pasukan Selangor.

"Selain itu, kedudukan lambang Selangor FC juga diletakkan di bahagian kanan dada seperti jersi asal bagi mengetengahkan elemen retro bagi jersi home musim ini.

"Walaupun tema dan konsep jersi utama 2021 berlandaskan unsur-unsur retro, terdapat beberapa elemen moden yang digarap supaya ia bersesuaian dengan rekaan kontemporari. Antara perbezaan terbesar di antara jersi musim 2021 dan jersi asal adalah hiasan motif kelopak bunga di bahagian warna kuning jersi yang melambangkan bunga rasmi negeri Selangor, iaitu bunga tanjung (mimusops elengi).

"Selain itu, edisi musim 2021 juga mempunyai bendera quarterfly merah kuning pada bahagian dada dan riben bertulisan '85 Years Creating A Legacy' yang disematkan pada bahagian belakang kolar bersempena sambutan 85 tahun penubuhan pasukan bola sepak ini."

 

❤️?? Sehelai jersi, 3 warna berbeza, sarat dengan elemen ikonik yang menjadi kebanggaan seluruh pendukung Gergasi...

Posted by Selangor FC on Monday, 1 February 2021


*Kredit foto: Selangor FC
 

Advertisement

Must Watch Video