Skip to main content

Bola Sepak

redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Pentas ACL 2 kekalkan Khuzaimi, Fazly intai tiga terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fazly-mazlan.jpg
Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee, sedia merebut peluang demi beraksi dalam setiap perlawanan sepanjang liga domestik berjalan, secara tidak langsung menolak pertukaran jurulatih sebagai punca untuk menyertai kesebelasan utama.

"Ini adalah perancangan jurulatih dan sebagai pemain, kami akan berikan sepenuhnya untuk jurulatih. 

"Ia memebabitkan kerjasama pasukan, apa sahaja yang diterapkan jurulatih, sebagai pemain kami perlu berikan sebaik mungkin untuk pasukan.




"Saya ada sasaran peribadi kerana saya berpeluang beraksi dalam Liga Juara-Juara (ACL) 2 musim ini," katanya di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini. 

Sementara itu, Fazly Mazlan mengakui setiap jurulatih mempunyai taktikal tersendiri dalam melayari saingan Liga Super 2024/2025 dan meletakkan sasaran untuk kekal berada dalam kelompok tiga teratas.

"Setiap jurularih ada kelebihan masing-masing dan setakat ini kami selesa dengan taktikal yang diterapkan. 

"Cuma ada beberapa strategi yang berubah. Kmi juga sasarkan menduduki tangga empat atau tiga terbaik musim ini, katanya pula. 

Advertisement

Must Watch Video