Skip to main content

Bola Sepak

redONE Mobile Keluar Masuk Liga M: Stefano Brundo hubungi sendiri Penang untuk ke Pulau Mutiara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

keluar-masuk-penang.jpg
Penang akan diperkuatkan 16 pemain baru, termasuk enam pemain import menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025-26.

Enam pemain import berkenaan ialah Tchetche Kipre (Ivory Coast), Bruno Suzuki (Jepun), Sipovac Danilo (Bosnia Herzegovina), Lim Inkyu (Korea Selatan), Thiago (Timor Leste) dan Stefano Brundo (Argentina).

Stefano merupakan pemain terbaru menyertai Harimau Kumbang dan dijangka akan memperkuatkan benteng skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu.

"Stefano Brundo pemain terakhir yang menyertai Penang," kata pewarta Astro Arena, Hafizal Hamad, dalam segment redONE Mobile Keluar Masuk Liga M, yang disiarkan dalam Nadi Arena sebentar tadi.

"Lebih menarik, dia sendiri yang menghubungi Penang, ramai yang tidak tahu dan ia umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

"Selepas kehilangan Rafael Vitor, posisi untuk mendapatkan Stefano Brundo adalah satu keputusan yang amat bijak yang diambil Penang."

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pula menambah: "Bukan sahaja kehilangan Rafael Vitor, Penang juga kehilanangan Richmond Ankrah.

"Saya jangka jika mereka tidak mendapatkan Stefano Brundo musim ini, mereka sudah tiada benteng kukuh di bahagian belakang.

"Dengan kepulangan Richmond ke Selangor, kehadiran Stefano pasti melegakan Penang untuk musim baru ini," katanya.

Video:
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video