Penjaga gol import baru Kuala Lumpur City, Quincy Kammeraad, teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar skuad Warga Kota itu dalam saingan musim baru Liga Malaysia.
Penjaga gol antarabangsa Filipina itu berkata dia akan memanfaatkan sebaik mungkin tempoh pramusim ketika ini untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan barunya, sekali gus membentuk persefahaman sebelum sepak mula Liga Super menentang Imigresen pada 9 Ogos ini.
Kammeraad turut akui tidak tertekan jika ada pihak yang membandingkannya dengan bekas penjaga gol KL City, Kevin Mendoza, di mana dia akan mencuba sedaya upaya untuk mencipta sejarah manis bersama The City Boys.
"Saya rasa KL menyediakan pelan terbaik buat saya, bukan hanya untuk satu musim tetapi untuk musim-musim mendatang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Mereka memberikan saya perspektif yang bagus tentang apa yang saya mahukan. Saya rasa KL merupakan pilihan yang tepat buat saya.
"Ia negara baru, budaya baru dan bandar baru buat saya dan ramai rakan sepasukan baru juga. Saya memerlukan sedikit masa tetapi apabila semuanya sudah terbiasa dalam dua, tiga minggu ini, semuanya akan baik-baik sahaja.
"Bukan tekanan, ia cabaran yang baik buat saya dan saya harap dapat memberikan yang lebih baik berbanding Kevin," katanya.