Skip to main content

Bola Sepak

redONE Mobile Keluar Masuk Liga M: PDRM akan sekali lagi bawa watak 'pengacau'?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

redone-pdrrm.jpg
PDRM dijangka akan sekali lagi membawa watak pasukan 'pengacau' bagi saingan musim baru Liga Super.

Ini selepas rombakan besar yang dilakukan Sang Saka Biru dalam memperkuatkan pasukan bagi mencabar kelompok atasan liga.

Bagaimanapun, mereka berdepan cabaran dalam mencari keserasian berikutan beberapa kendala yang perlu dihadapi dalam pramusim.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, dalam segmen redONE Mobile Keluar Masuk Liga M, yang disiarkan secara langsung dalam Nadi Arena sebentar tadi, berkata: "PDRM sebenarnya diam-diam ubi berisi.

"Persiapan PDRM musim ini agak sedikit terencat berikutan kelewatan menjalani sesi pramusim memandangkan skuad lengkap yang dimiliki (ketua jurulatih) Eddy Gapil hanya diperoleh dua minggu lalu.

"Memandangkan Liga Super akan bermula bulan depan, tempoh yang dimiliki Eddy Gapil tidak sampai sebulan untuk membentuk keserasian dalam kalangan pemain.

"Harus diingat, masalah paling besar yang dialami pengendali itu ialah rombakan besar pasukan, di mana saya difahamkan hampir 70 peratus pemain PDRM musim baru ini terdiri daripada anggota polis."

PDRM sepatutnya berasa lega apabila dua pemain import, Kyaw min Oo dan Fadi Awad, memilih untuk kekal bersama mereka walaupun mendapat tawaran daripada pasukan lain.

Mereka juga dijangka akan diperkuatkan beberapa pemain import baru, iaitu Park Tae-su, Henri Doumbia, Ahmad Israiwah dan Noel Agber, selain dua bekas pemain kebangsaan, Ifwat Akmal Chek Kassim dan Irfan Fazail.

"Saya menjangkakan PDRM akan kekal dengan status pasukan pengacau, terutama buat pasukan pilihan musim depan," tambahnya.

Video:
 

Advertisement

Must Watch Video