Menjelang saingan Liga Super Malaysia (Liga M) 2024/2025 yang bakal membuka tirainya pada Mei depan, beberapa pasukan tanah air sedang giat menandatangani pengendali dan pemain import baru bagi memperkuat pasukan masing-masing untuk memberi saingan yang sepadan kepada pasukan lain.

Antara yang menjadi bualan ramai dan boleh dikatakan sebagai ‘perpindahan hangat’ iaitu penghijrahan Tan Cheng Hoe (TCH), secara tiba-tiba ke Police Tero, sebuah pasukan dari Liga Thailand yang digantikan oleh penolongnya sendiri iaitu Nidzam Jamil.

Johor Darul Ta'zim (JDT), juga mengumumkan semula Hector Bidoglio akan kembali memainkan peranan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Selatan pada musim depan.

Wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam, kemudian menambah, "Selepas kontraknya tamat, K. Devan kini memilih untuk menerajui Melaka FC bagi membawa misi mengembalikan bola sepak Melaka ke era kegemilangannya semula dengan menakluki saingan Liga M3 yang bakal berlangsung kelak selain P. Maniam yang baru sahaja diumumkan secara rasmi oleh PDRM sebagai pengendali baru pasukan itu.

Selain itu, segmen redONE Mobile Keluar-Masuk dalam Nadi Arena edisi raya tadi juga turut membincangkan tentang kemasukan pemain import baru dalam kancah bola sepak negara. Ianya boleh dikatakan profil pemain import yang ditandangani oleh setiap pasukan pada musim kali ini sangat hebat dan menjanjikan sesuatu.

Antara nama besar seperti Jalil Elias, dan Francisco Geraldes, akan memperkuat barisan serangan JDT, selain Umar Eshmurodov, yang akan bergandingan bersama Safuwan Baharudin di Selangor FC.

Oday Kharoub yang telah dirisik oleh KDN sewaktu menonton persembahan beliau di Piala Asia tempoh hari.

Sony Norde, dan Habib Haroon, antara pemain import yang sudah berkelana di Malaysia memilih untuk terus berada di sini dengan menyertai Kedah dari Terengganu, manakala sebaliknya berlaku buat Manuel Ott yang akan kembali ke bumi skuad sang penyu, Terengganu.

Ikuti segmen Keluar-Masuk dalam Nadi Arena dan Nadi Weekend setiap hari Rabu dan Sabtu.