Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menununtut keharmonian drastik membabitkan persefahaman antara pemain dan jurulatih selain kerja sama yang erat melibatkan barisan kejurulatihan baru.
Dalam hal ini, Risto Vidakovic perlu memainkan peranan berkesan memandangkan keserasian KL City perlu dibina semula sebaik ramai pemain baru bakal sarung jersi The City Boys.
Namun, Vidakovic kedengaran masih mencari ruang untuk menyempurnakan tugasan utama yang dituntut Syed Yazid itu.
"Seseorang jurulatih itu perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pemain.
"Setakat ini Risto pernah melatih Asyraaf Omar dan Syazwan Andik Ishak ketika di Melaka United," katanya.
Perancangan KL City nampak megah pada awal musim.
Dalam perkembangan berbeza, hasrat untuk menaturalisasikan pertahanan tengah import, Giancarlo Gallifuoco, bakal menjadi kenyataan musim depan dan skuad Warga Kota tidak menunggu lama untuk memastikan Gallifuoco masih milik skuad The City Boys.
"Mereka sudah pun bermain (bersama kami) selama lima tahun.
"Tahun depan mereka akan dinaturalisasikan," katanya lagi.