Kelab sang saka biru itu menjadi pilihan bekas penjaring terbanyak Liga Super Malaysia itu kerana bersifat stabil dalam pelbagai aspek walaupun kelab barunya itu bukanlah pasukan pilihan utama mahupun gergasi dalam saingan Liga Malaysia.
Reputasinya pada musim lalu bersama KDA dengan berjaya meledak 12 jaringan gol justeru menjadi penjaring keenam terbanyak musim lalu bakal menjadi tonggak penting ketua jurulatih PDRM FC, P. Maniam nanti.
"Bagi saya bermain bola sekarang adalah berada di tempat yang menenangkan fikiran tanpa perlu memikirkan masalah gaji dan masalah pihak pengurusan.
"Sekarang semuanya adalah tentang kestabilan dan PDRM adalah salah satu pasukan di Malaysia yang mempunyai kestabilan dari segi kewangan.
Penyerang PDRM Ifedayo Olusegun dah xnak pening kepala. Pilih pasukan yang stabil dari semua segi supaya dia lebih tenang fokus dalam padang.
— FinaNasrom (@fnasrom) April 19, 2024
‘There’s a lot of lesson learn from Melaka United & Kedah …..’@ASTROARENA pic.twitter.com/wffdsUefXa
"Berkenaan jurulatih saya mengetahui dia sejak dia di PJ City dan dia menjadi popular kerana membimbing pasukan itu tanpa pemain import dan dia sangat bagus. Selepas seminggu berkerjasama dengan dia saya yakin dia mengetahui tugasannya." katanya.