Skip to main content

Bola Sepak

redONE Mobile Keluar Masuk Liga M: Gabriel Silva, Careca pembelian berbaloi Terengganu?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fader.jpg
Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, dilihat berada dalam keadaan terbaik memandangkan dapat membentuk skuad pilihannya sendiri menjelang saingan Liga Super 2025/26 yang akan membuka tirai minggu depan.

Sepanjang 23 perlawanan mengenalikan Skuad Peteh musimm lalu menyaksikan dia telah mencipta 10 kemenangan, lima kali seri dan lapan kali kalah selain menamatkan kempen liga musim lalu din kedudukan kelima. 

Mengikut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Terengganu hanya akan menggunakan enam pemain import sahaja bagi menghadapi saingan musim 2025/26 termasuk Nurilo Tukhtasinov yang dikekalkan meskipun Malaysian Football League (MFL) membenarkan pasukan Liga-M mendaftarkan seramai 15 pemain asing.





Sementara itu, antara lima pemain import baru Skuad Penyu musim depan adalah Yann Mabela dan Junior Sam di jentera serangan, selain Costa Morais, Gabriel Silva di bahagian tengah dan pertahanan baru iaitu Diego Landis.

"Saya boleh mengesahkan hanya enam pemain import yang akan perkuat Terengganu dan untuk dimanfaatkan. 

"Saya mengikuti perlawanan pramusim Terengganu, saya tertarik dengan Costa Morais (Careca) dan Silva yang pada pandangan saya sangat berbaloi dan akan memberikan impak.






"Junior Sam kali terakhir beraksi adalah pada April lalu jadi ada persoalan mengenai tahap kecergasan dia." katanya.

Penang akan melayani kunjungan Terengganu dalam saingan minggu pertama Liga Super pada 10 Ogos depan.
 

Advertisement

Must Watch Video