Menjelang saingan Liga Super Malaysia (Liga M) 2024/2025 yang bakal membuka tirainya pada Mei depan, Kuching City FC dilihat mempunyai barisan pemain tempatan dan import yang stabil untuk memberi saingan kepada pasukan lain.

Kehadiran pemain tengah sensasi dari Johor Darul Ta'zim, Daniel Amier Norhisham, dilihat mampu menjadi tonggak penting skuad kendalian Aidil Sharin Ishak untuk mengawal bahagian tengah pasukan itu memandangkan dia mempunyai kualiti permainan yang baik.



Dengan kemasukan lima khidmat pemain import yang berpenggalaman dalam Liga Malaysia seperti Tchetche Kipre, Jordan Mintah dan James Okwuosa semestinya mampu menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan nanti.

Walaupun menghabiskan kedudukan di tempat kedua terakhir dalam saingan Liga Super Malaysia musim lalu, dengan kemasukan pemain yang berkualiti serta taktikal yang tinggi pasti akan membuahkan hasil.