Berbaki 10 hari menjelang permulaan musim baru Liga Super 2025-26 dan rata-rata pasukan semakin sibuk memperkuat pasukan.
Kelantan The Real Warriors (TRW) turut tidak kecuali dalam menambah baik pasukan untuk mengejar sasaran tersendiri musim ini.
Dalam segmen redONE Mobile Keluar Masuk Liga M yang diudarakan dalam Nadi Arena sebentar tadi, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkata: "Ketua jurulatih TRW, E. Elavarasan, sememangnya memiliki kriteria yang cukup bagus di pentas bola sepak tempatan.
"Daripada segi pengalaman, ia memang tidak boleh disangkal, jadi saya rasakan pemilihannya merupakan satu petanda TRW serius untuk memastikan mereka mampu melakukan sesuatu musim ini, sekali gus mengubah fakta bahawa mereka pasukan kelompok bawahan liga seperti sebelum ini."
Selepas dibelenggu sekatan pendaftaran pemain oleh badan induk dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), TRW dilaporkan sudah senyelesaikan segala dokumentasi yang diperlukan.
Mereka kini difahamkan hanya menungu lampu hijau daripada FIFA untuk menghapuskan sekatan yang dikenakan agar proses pendaftaran pemain boleh dilakukan sebelum jendela pertama ditutup pada Jumaat depan.
"Sepertimana maklumat yang saya terima sebentar tadi, mereka sudah menghantar segala dokumen kepada FIFA dan hanya menunggu pihak FIFA untuk memadamkan sekatan yang sedang dihadapi mereka.
"Saya fikir Kelantan akan dapat mendaftarkan pemain mereka dalam tempoh secepat mungkin kerana sebelum 8 Ogos ini, mereka perlu menghantar senarai 20 pemain awal kepada MFL (Liga Bolasepak Malaysia).
"Seandainya semua lancar, mereka hanya menunggu masa untuk beraksi dalam Liga Super musim ini."