Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City, Stanley Bernard, mengesahkan adik-beradik, Ryan dan Declan Lambert, kembali memperkasakan The City Boys menerusi pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pinjaman mereka turut hadir dengan kebenaran bermain berdepan skuad Harimau Selatan itu sejurus dua pemain berkenaan antara pemain yang diumumkan sebagai rekrut baru kelab gergasi tanah air itu musim ini.

"Daripada segi persekitaran dan keserasian.

"Dalam fasa empat bulan awal tahun ini, KL City kehilangan ramai nama besar seperti Romel (Morales).

"Tapi apabila melihat kepada barisan 18 pemain yang ketika ini, saya percaya kami mempunyai sebuah pasukan ampuh untuk meraih pertengahan liga.




"Jadi berdasarkan barisan pemain yang ada, saya nampak kesinambungannya masih kukuh," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Sebelum ini, hanya Declan sahaja yang akan dipinjamkan ke KL City, namun kini kedua-duanya sekali pulang ke skuad Warga Kota, secara tidak langsung menyaksikan Ryan dan Declan menambah kekuatan pasukan yang dibimbing jurulatih dari Croatia, Miroslav Kuljanac.

"Jurulatih tidak meletakkan sasaran tinggi. Kami sudah ada Giancarlo Gallifuoco dan Patrick Reichelt yang mengisi kuota import Asia.




"Jadi kami akan diperkuatkan oleh dua atau tiga pemain import, tidak lebih daripada itu.

"Kami pun telah merendahkan bajet yang diturunkan seperti tahun 2021," katanya.