Skip to main content

Bola Sepak

redONE Keluar-Masuk Liga M: Terengganu pasukan tumpuan musim 2024/25

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tfc.jpg
Terengganu dilabel pasukan tumpuan Liga Malaysia musim ini berdasarkan pembentukan skuad lebih ampuh dengan naib juara Piala Malaysia berkenaan kelihatan dibarisi pemain berkualiti.

Ia melibatkan pemain tempatan dan import yang menyaksikan kombinasi pemain lama dan baru pasukan itu dicanang mampu memacu Sang Penyu berdasarkan reputasi masing-masing.



Mereka memiliki pemain import baru berkualiti, iaitu Ismahil Akinade, yang tiba daripada Kelantan United, selain pertahanan baru, Matthew Steenvoorden, dan bekas bintang Kuala Lumpur City, Akram Mahinan.

Jelas Terengganu memiliki kedalaman skuad yang lebih baik berbanding musim lalu apabila setiap posisi kini lengkap dengan tiga lapisan pemain.

Ini ditambah dengan kematangan pemain muda seperti pertahanan, Safwan Mazlan dan Ubaidullah Shamsul Fazili, tatkala Syafik Ismail dan Hairiey Hakim juga sudah bebas daripada kecederaan.

"Saya tidak boleh memberikan sebarang jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada dalam kesebelasan utama," kata ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, kepada wartawan Zulhelmi Zainal Azam, dalam segmen Keluar-Masuk Nadi Arena, yang dibawakan oleh redONE sebentar tadi.

"Mereka perlu layak berada di sana. Dalam latihan dan dalam perlawanan.

"Musim lalu, kami menghadapi banyak kejohanan dan ada ketika ramai pemain mengalami masalah dan terpaksa direhatkan.

"Apabila setiap posisi memiliki pemain tetap, dan ada pemain bagus yang boleh mengambil tempat mereka, mereka akan bermain dengan lebih bagus dan tidak berasa selesa dalam setiap latihan.

"Itulah yang kami sasarkan, di mana ada dua pemain yang bagus dalam setiap posisi dan mereka perlu berebut posisi dalam pasukan. Harap-harap ia akan meningkatkan pasukan kami," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video