LIGA SUPER MSIA

redONE Keluar-Masuk Liga M: Prestasi cemerlang lonjak saham pemain PDRM

Ammar Hakim 17/02/2024 | 14:31 MYT
Kejayaan PDRM merangkul kejuaraan Piala Cabaran membuka mata beberapa kelab Liga Super untuk mendapatkan khidmat pemain The Cops.
Lapan daripada barisan utama pasukan kini meninggalkan pasukan bagi menghadapi musim hadapan.
Antaranya pemain yang cukup berpengaruh, James Okwuosa, bakal menyertai Kuching City.
Bagaimanapun, The Cops kini bakal mencari pengganti pemain kelahiran Nigeria itu dengan seorang pertahanan kelahiran dari Benua Afrika.
Ramadhan Abdul A. Hamid, Nabil Latpi, Dzulfahmi Abdul Hadi, Norfiqri Talib, Alifh Aiman, Jacque Faye, dan Uche Agba dan sememangnya mereka bakal berusaha dalam mendapatkan pemain yang berkualiti untuk meneruskan saingan musim hadapan.
Bagi pertahanan Aliff Najmi Shaaini, yang memilih untuk terus kekal bersama The Cops, dia berkata, "Ini merupakan keputusan terbaik bagi saya, saya mahu memastikan kelangsungan kerana saya juga ketika ini seorang pelajar, jadi saya perlu mengutamakan masa depan terlebih dahulu sebelum berkelana bersama pasukan lain."
#liga super #bola sepak #Liga Super Malaysia #PDRM FC #James Okwuosa #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;