Skip to main content

Bola Sepak

redONE Keluar-Masuk Liga M: KL City tetap persiap pasukan di sebalik isu gaji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stanley-klcity.jpg
Di sebalik risiko tidak menerima lesen kebangsaan gara-gara isu tunggakan gaji pemain dan pegawai, Kuala Lumpur City tetap melakukan persiapan dalam pembentukan pasukan bagi musim 2024-25.

Ketua pegawai eksekutif, Stanley Bernard, berkata pasukan itu sudahpun mengenal pasti pemain yang akan membawa cabaran The City Boys musim ini, termasuk ketua jurulatih baru.



Selain dijangka mengekalkan rata-rata muka lama membabitkan pemain tempatan dan import, semifinalis Piala Malaysia musim lalu itu dikhabarkan bakal menandatangani beberapa pemain baru.

Difahamkan, urusan perpindahan itu sudah hampir lengkap, seiring dengan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji bulan ini.

"Rombakan, apabila berlaku kepada mana-mana pasukan dengan kosistensi tiga tahun, kita selalu hilang satu-dua pemain, itu lumrah mana-mana kelab besar," kata Stanley kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam segmen Keluar-Masuk Nadi Arena yang dibawakan oleh redONE sebentar tadi.

"Tetapi kali ini paling ramai, di mana kami telah menoktahkan pada 2023 dengan melihat di manakah tamatnya bil besar kami untuk memastikan kami boleh melangsaikan dan melunaskan segalanya.

"Dan kami akan memulakan bil baru kami dalam masa terdekat. Kami melalui Januari, Februari dan Mac dengan bil yang amat rendah dan selepas ini keseluruhan skuad akan masuk.

"Jika kami lewatkan sedikitpun, ia akan sehingga April dan mungkin ada separuh di bulan Mac.

"Jadi, itulah perancangan kewangan kami tetapi faktanya, kami kehilangan pemain-pemain besar dan sudah tentu bukan mudah untuk mendapatkan pengganti mereka.

"Kami akan mencari pemain yang mendahagakan sesuatu. Bagi saya, apabila anda mencari pemain yang mendahagakan satu musim untuk menunjukkan betapa bagusnya mereka, ia bergantung kepada sistem perekrutan itu sendiri," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video