Selangor FC sedang meneliti calon ketua jurulatih baru untuk musim 2024/25 berikutan kehilangan Tan Cheng Hoe, kira-kira dua bulan lagi sepak mula.

Pengendali itu sah melepaskan jawatan secara serta merta dengan serta menerusi satu kenyataan oleh kelab berkenaan di laman sosial, X, sebentar tadi.

Hasrat itu didorong keinginannya untuk mengambil alih jawatan di sebuah kelab di Thailand yang turut membayar pampasan atas khidmatnya.



Justeru, Nidzam Jamil kembali dilantik sebagai ketua jurulatih sementara.

Cheng Hoe menyertai Selangor selepas meninggalkan skuad Harimau Malaya pada 2022 selain membawa kelab itu layak berjuang dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 musim depan.