redONE Keluar-Masuk Liga M: Ryan Lambert sudah berlatih di JDT

Shaiful Shamsudin
Februari 28, 2024 14:29 MYT
Khidmat pemain tengah, Ryan Lambert, boleh dikatakan sah menjadi milik Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk musim 2024/25 selepas kelibatnya dilihat dalam sesi latihan kelab itu, semalam.
Bekas pertahanan Kuala Lumpur City itu sebelum ini diura-ura akan menyertai juara berturut-turut 10 kali Liga Super berkenaan termasuk abangnya, Declan.
Begitupun, Ryan sudah pun turun melaporkan diri di Pusat Latihan JDT Padang Seri Gelam di samping rakan sepasukan barunya yang sudah seminggu menjalani persiapan pra-musim.
Dia terbabit dalam 22 perlawanan liga untuk keseluruhan 29 aksi sepanjang musim lalu.
#Liga-M #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia #Liga Super,