Sebuah syarikat dari China disebut-sebut sebagai pelabur berpotensi untuk Kuala Lumpur (KL) Rover.

Kelab Lembah Klang itu sedang berusaha mendapatkan Lesen Kebangsaan dalam usaha menyertai kancah Liga Super 2024/25 dan sedia menjual sebahagian daripada sahaja kelab.

Tambahan pula, Pengarah KL Rovers FC Sdn Bhd, Ashraf Mazlan, menjelaskan syarikat China itu turut memiliki kilang di negara ini.

Selepas dua musim muncul naib juara Liga M3, pengurusan KL Rovers berhasrat menguji kemampuan dalam divisyen pertama pula.