Harry Redknapp bersetuju untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus Birmingham City secara tetap.
Pengendali kelahiran England itu mengemudi Birmingham pada tiga perlawanan terakhir musim ini selepas Gianfranco Zola meletakkan jawatan, bulan lalu.
Di bawah pengurusan Redknapp, Birmingham tewas kepada Aston Villa, tetapi kemenangan ke atas Huddersfield Town dan Bristol City memastikan mereka terus bersaing The Championship, musim hadapan.
Kejayaan mengelak daripada penyingkiran itu telah membenarkan Redknapp untuk bersetuju menandatangani kontrak selama setahun untuk terus mengendalikan Blues.
Kelab mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berbesar hati kerana Redknapp akan mengendali pasukan bagi saingan musim hadapan.
"Selepas beberapa hari selepas memastikan Blues mengelak daripada penyingkiran, Redknapp sedia memberikan komitmen penuh kepada kelab.
"Beliau telah berbincang bersama pemilik serta Lembaga Pengarah kelab minggu ini bagi memuktamadkan setiap butiran di dalam kontrak beliau.
"Staf kejurulatihan Redknapp akan didedahkan pada masa akan datang.
Karier Redknapp sebagai pengendali pasukan telah menyaksikan beliau bersama Tottenham, West Ham, Portsmouth, Southampton dan Queens Park Rangers.