Rebecca Welch -- pengadil wanita pertama kendalikan perlawanan EPL
Shaiful Shamsudin
Disember 15, 2023 11:30 MYT
Disember 15, 2023 11:30 MYT
Rebecca Welch akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung bulan ini, sementara Sam Allison akan menjadi lelaki kulit hitam pertama yang merasmikan perlawanan di peringkat teratas dalam tempoh 15 tahun pada Boxing Day ini.
Welch, 40, akan mengendalikan perlawanan Fulham menentang Burnley pada hujung minggu depan, Allison pula akan menjadi bertugas untuk perlawanan di tempat sendiri ketika Sheffield United menentang Luton, tiga hari kemudian.
Uriah Rennie merupakan pengadil kulit hitam terakhir yang mengendalikan perlawanan EPL pada 2008 setelah bertugas dalam pertandingan itu selama 11 tahun.
Welch bermula sebagai peranannya sebagai pengadil pada 2010 ketika bekerja sebagai pentadbiran di NHS sebelum rasmi beralih bidang secara sepenuh masa. Dia mencipta sejarah pada April 2021 apabila dia menjadi wanita pertama yang dilantik untuk mengadili perlawanan Liga Bolasepak Inggeris (EFL) di antara kelab Liga Divisyen Dua, Harrogate dan Port Vale.
Ketua Pegawai Pengadil Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), Howard Webb, menjelaskan kedua-dua individu itu mempunyai kredibiliti tinggi untuk mengawal sesebuah perlawanan.
History will be made in the Premier League this Christmas... Rebecca Welch will become the competition's first woman referee and Sam Allison the first black official to take charge of a match for 15 years ?
— Premier League (@premierleague) December 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.