Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid perlu tampil sempurna tamatkan badi jumpa Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ancelotti.jpg
Carlo Ancelotti percaya bahawa Real Madrid perlu mempersembahan satu corak permainan yang sempurna jika mereka ingin menumbangkan seteru utama, Barcelona, dalam pertemuan El Clasico malam ini.

Madrid akan menghadapi perlawanan ini dengan empat mata di belakang pendahulu LaLiga itu, manakala anak buah Hansi Flick sedar kemenangan akan mendorong mereka untuk menghampiri mahkota liga ke-28.

Los Blancos bergelut ketika berdepan pencabar terdekat itu kebelakangan yang menyaksikan mereka tumpas dalam tiga pertemuan terakhir musim ini.

Hanya sekali dalam sejarah El Clasico di antara 2008 dan 2010 di bawah Pep Guardiola (lima), Blaugrana mengungguli mereka dalam empat kemenangan berturut-turut.

Madrid, bagaimanapun, telah memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir mereka di laman sementara Barca, Estadi Olimpic Lluis Companys.

"Dalam perlawanan seperti ini, kami perlu melakukan sesuatu dengan baik. 

 

"Barcelona sudah biasa membuatkan lawan berkubu di tempat sendiri tetapi tiada pasukan yang sempurna," kata pengurus berbangsa Itali itu kepada pemberita.

"Banyak yang dipertaruhkan dalam pertemuan ini dan untuk menang, kami perlu menguruskan segala-galanya dengan baik iaitu bertahan dengan baik, menyerang dengan baik. 

"Kami perlu menampilkan persembahan yang sempurna."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video