Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid pasukan nombor satu -- Rummenigge

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

realmadridchampions.jpg
Karl-Heinz Rummenigge percaya Bayern Munich telah diundi dalam perlawanan paling sukar dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Real Madrid, pasukan yang dianggap terbaik di Eropah.

Real merupakan juara bertahan dan telah memenangi gelaran UCL buat kali ke-11 Mei lalu, pengerusi Bayern itu telah menerima tugas yang paling sukar buat musim ini.

Bagaimanapun, Rummenigge yakin Bayern sudah bersedia menghadapi cabaran Real.

"Dengan hadirnya Carlo Ancelotti (bekas pengendali Real Madrid), kami yakin mampu menghadapi tugas paling sukar musim ini," katanya.

"Ketika Ian Rush membuat undian, kami mengetahui juara bertahan adalah cabaran paling sukar berbanding pasukan lain.

"Jika anda bertanya kepada saya mengenai ranking pasukan dalam saingan bola sepak Eropah, saya akan berkata Real Madrid adalah pasukan nombor satu. Seluruh dunia mengetahui mengenai mereka."

Bayern akan menerima kunjungan Real pada 12 April, sebelum bertandang ke Santiago Bernabeu untuk aksi timbal balik enam hari berikutnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video