Real Madrid 'no class' -- Presiden LFP

Muzaffar Musa
Oktober 31, 2024 11:19 MYT
Presiden Liga Bolasepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas, mengkritik Real Madrid selepas kelab itu memboikot Majlis Anugerah Ballon d'Or sebaik mengetahui wakil mereka, Vinicius Junior, tidak memenangi anugerah utama berkenaan.
Dia menuduh Madrid 'kurang kelas' dan sepatutnya hadir ke anugerah itu, bukannya mempertikaikan proses yang dilakukan Bolasepak Perancis, yang sememangnya telus dengan undian 100 wartawan terkemuka.
"Real Madrid berlagak menjadi mangsa dengan terlalu melampau," kata Tebas kepada L'Equipe dalam satu temu ramah.
Presiden LFP itu, yang juga merupakan penyokong Madrid, turut memberikan komen pedasnya mengenai keadaan terkini kelab berkenaan dengan berkata: "Saya tidak tahu hala tuju mereka. Mereka kurang kelas. Kita juga dapat melihatnya di Sepanyol.
"Nilai utama kelab ini adalah bersikap budiman dan bersalaman apabila anda tewas tetapi ketika ini, Madrid sudah kehilangan sikap itu," katanya.
#bola sepak #Real Madrid #LaLiga #Ballon d'Or #Javier Tebas
;