Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid iktiraf Gareth Bale sebagai legenda kelab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gareth-bale_qebk9e3va47s1luiw5qwlevqh.jpg
Real Madrid telah memberi penghormatan kepada bekas bintang, Gareth Bale, selepas pemain antarabangsa Wales itu menamatkan kerjayanya sebagai pemain semalam.

Bale menyertai Madrid dari Tottenham pada 2013 dan menghabiskan sembilan tahun di Sepanyol, walaupun dia kembali ke Spurs secara pinjaman pada 2020-21.

Pemain berusia 33 tahun itu memenangi tiga kejuaraan LaLiga, satu Copa dey Rey, lima gelaran Liga Juara-Juara dan tiga Piala Dunia Kelab ketika berkhidmat di Santiago Bernabeu.

Dia tidak selalu popular secara universal di kalangan peminat walaupun menjaringkan 106 gol dalam 258 perlawanan untuk kelab, terutamanya selepas bergambar dengan bendera semasa menjalankan tugas antarabangsa yang berbunyi: "Wales, golf, Madrid. Dalam turutan itu."

Bagaimanapun, selepas meninggalkan ibu kota Sepanyol itu untuk Los Angeles FC dalam Major League Soccer pada Jun, Los Blancos menyiarkan kenyataan di laman web mereka semalam untuk meraikan bekas penyerang mereka.

"Susulan pengumuman Gareth Bale bahawa dia akan bersara daripada bola sepak profesional, Real Madrid ingin merakamkan jutaan terima kasih, kekaguman dan kasih sayangnya untuk legenda sebenar kelab kami dan permainan dunia.

"Gareth Bale merupakan sebahagian daripada pasukan yang paling berjaya dalam sejarah kelab. Dia akan diingati atas penglibatannya sepanjang dekad ini, termasuk jaringan kemenangan dalam aksi final Copa del Rey di Valencia [lawan Barcelona], jaringan penting dalam aksi final Liga Juara-Juara 2014 di Lisbon [lawan Atletico Madrid], dan dua jaringan dalam final Liga Juara-Juara 2018 di Kyiv [lawan Liverpool], paling diingati adalah sepakan gunting yang akan sentiasa kekal sebagai salah satu jaringan terbaik sepanjang zaman.

“Namanya akan selamanya terikat dengan sejarah kelab kami dan legendanya.

"Semoga berjaya, Gareth, dan semua yang terbaik untuk anda dan keluarga anda."
 
 

Advertisement

Must Watch Video