LA LIGA
Real Madrid destinasi baru Trent Alexander-Arnold
Pertahanan kanan sensasi England, Trent Alexander-Arnold, telah rasmi menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, dalam satu perpindahan yang mencuri tumpuan dunia bola sepak.
Bekas pemain Liverpool itu menandatangani kontrak enam tahun bersama Los Blancos.
Walaupun kontraknya bersama Liverpool akan tamat pada 30 Jun 2025, Real Madrid sanggup membayar kira-kira £10 juta kepada kelab England itu bagi mendapatkan khidmatnya lebih awal.
Iklan
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) June 12, 2025
Ini membolehkan Alexander-Arnold disenaraikan untuk kejohanan FIFA Piala Dunia Kelab yang akan berlangsung di Amerika Syarikat.
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi bernombor 12 bersama Real Madrid memandangkan peraturan LaLiga tidak membenarkan penggunaan nombor 66 yang sinonim dengannya di Liverpool.
Alexander-Arnold telah menjulang sebanyak sembilan trofi bersama The Reds dan yang paling memberi makna adalah muncul pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim 2018-19.
Must-Watch Video