EPL
Real Madrid cadang LaLiga import pengadil EPL
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mahu mengimport pegawai perlawanan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi meningkatkan mutu pengadilan Sepanyol.
Perkara itu didedahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Rafael Louzan, bahawa Los Blancos merungut tidak gembira dengan tahap pengadilan LaLiga memandang kini ketinggalan lima mata dengan pendahulu merangkap seteru sekota, Atletico.
Malah, kualiti pengailan ketika Piala Super Sepanyol di Arab Saudi tahun lalu.
“Florentino memberitahu saya mengenai hajatnya membawa pengadil Inggeris. Saya membalas; 'tengoklah bagaimana nanti'," katanya di El Chiringuito.
"Hubungan kami setakat ini. Dia hanya menyatakan teraniaya daripada pengadilan. Saya bary dilantik, kami perlu bermula dari murah. Kami akan mahu memastikannya boleh bekerjasama.
"Dia mahu ia ditambah baik."
Pengadil Inggeris, Michael Over, dibayar £3,000 (RM16,386) selain diberikan penerbangan kelas business ketika mengendalikan perlawanan Al Nassr bertemu Al Hilal."
Pegawai perlawanan untuk saingan EPL diterajui badan bebas yang dikenali sebagai Profesional Perlawanan Pengadil Professional Game Match Officials Limited (PGMOL).