BOLA SEPAK
Real Madrid bukan pasukan pilihan dalam LaLiga -- Digne
Real Madrid mungkin berada di landasan tepat untuk menamatkan kemarau kejuaraan LaLiga, namun pertahanan Barcelona, Lucas Digne, menafikan dakwaan itu.
Penyandang juara, Barcelona, hanya ketinggalan satu mata di belakang Madrid, namun seteru utamanya itu masih kekurangan dua perlawanan selepas 22 perlawanan.
Ramai berpendapat Madrid akan menamatkan kemarau empat musim dengan kejuaraan pertama LaLiga sejak 2012, apatah lagi selepas merangkul dua kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam tempoh tiga musim.
Iklan
Bagaimanapun, Digne dan Barca, yang kecundang 4-0 di tangan Paris Saint-Germain dalam aksi pertama pusingan 16 UCL, Selasa lalu, enggan mengibarkan bendera putih.
Ditanya sama ada Madrid pasukan pilihan merangkul kejuaraan LaLiga, Digne memberitahu Omnisport: "Tidak, musim ini masih panjang.
"Kurang dua perlawanan tidak bermakna Madrid sah memenangi dua perlawanan itu.
"Kita lihat apa yang berlaku, kami akan berada dalam langkah berjaga-jaga."
Must-Watch Video