Pertahanan Liverpool, Andrew Robertson, memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak terlalu fokus kepada Cristiano Ronaldo menjelang final Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid, Sabtu ini.
The Reds bakal melakukan perhitungan di Kiev manakala skuad bimbingan Zinedine Zidane menyasarkan untuk menjadi pasukan pertama yang memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara sejak Bayern Munich melakukannya pada 1976.
Bintang Madrid, Ronaldo, menikmati catatan jaringan dalam beberapa bulan terakhir tetapi Robertson yang merupakan pemain skuad kebangsaan Scotland itu sedar bahawa Madrid memiliki ramai pemain yang berkebolehan tinggi.
"Ia adalah cabaran yang menarik tetapi masalah utama adalah Real Madrid dibarisi pemain-pemain hebat.
"Jika anda terlalu fokus kepada Ronaldo, pemain lain akan menyinar. Bagaimanapun, kami memiliki perancangan tersendiri dan melihat kepada semua kekuatan dan kelemahan mereka," katanya.
Roberson menikmati kebangkitan besar dalam kariernya pada musim ini selepas meninggalkan Hull City untuk ke Liverpool pada 2017 dan pemain berusia 24 tahun itu mahu menggunakan kesempatan yang dimiliki dalam aksi di Stadium NSC Olimpiyskiy itu nanti.
"Bola sepak dipenuhi turun naik tetapi saya akan cuba untuk menikmatinya.
"Sukar untuk tidak memikirkan tentang trofi keenam Liverpool dalam kancah Liga Juara-Juara. Apabila anda berbaring, anda akan memikirkannya.
"Real Madrid berada dalam final ketiga dalam empat tahun, jadi mereka juga akan cuba untuk bergelar pemenang."