Skip to main content

Bola Sepak

Reaksi Khairy Jamaluddin dikaitkan jawatan presiden FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairy-jamaluddin.jpg
Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin, tidak berminat untuk merebut kerusi panas presiden yang dijangka bakal mengadakan kongres tahunan badan induk itu pada Februari tahun depan.

Walaupun namanya antara yang disebut-sebut untuk kembali ke Kelana Jaya, ia tidak mengubah persepsi Khairy yang melihat badan induk itu perlu memperbetulkan semula situasi dalaman sebelum memikul tanggungjawab yang lebih berat.

Tegasnya apabila sebuah persatuan hanya dipimpin oleh seorang pemangku, ia membawa maksud ada perkara lebih penting yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan tidak mungkin kembalinya Khairy ke FAM mampu mengubah keadaan semasa ketika ini.

"Saya tidak minat dengan jawatan presiden FAM. Saya hanya seseorang yang berminat dan terbabit dalam sukan. 

"Saya ada peranan sebagai penasihat di Johor. Saya sudah berikan pandangan dan saya lihat itulah standard untuk peringkat negeri," katanya. 

Tatkala isu dalaman FAM dianggap masih belum selesai, Khairy menyarankan agar peneraju bola sepak kebangsaan itu menarik brek tangan terlebih dahulu sebelum bercita-cita memikul tanggungjawab melibatkan Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP). 

Malah, Khairy mencadang agar situasi ini dirujuk kepada pemilik kelab bola sepak nombor satu negara , Johor Darul Ta'zim (JDT), yang miliki rekod cemerlang daripada segi pembangunan bola sepak profesional yang bermula dari peringkat akar umbi.

"Mereka perlu selesaikan isu kepimpinan. 

"Mintalah nasihat daripada TMJ (Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) apa yang perlu dilakukan. 

"Kita semua tahu benda ini," katanya. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video