Pep Guardiola berkata dia perlu membuat keputusan mengenai hala tuju seterusnya selepas Wayne Rooney mencadangkan pengurus Sepanyol itu harus menjadi pengurus England.

Lee Carsley telah dilantik sebagai jurulatih sementara skuad The Three Lions menjelang kempen UEFA Liga Negara-Negara (UNL) bulan depan.

Carsley, yang menjadi pengurus B-21 England sejak 2021, mengetuai pasukannya meraih kemenangan dalam Kejohanan Eropah tahun lalu berikutan kemenangan ke atas Sepanyol.

Guardiola disifatkan sebagai salah satu calon ideal untuk menggantikan Gareth Southgate selain Mauricio Pochettino, Graham Potter dan Eddie Howe.

Pengurus berbangsa Sepanyol itu ditanya mengenai komen bekas ketua pasukan England tersebut, dia lantas berkata: "Saya perlu memutuskan apa yang saya mahu lakukan dalam hidup saya."




"Adakah saya mahu teruskan membimbing di sini, berehat atau menguruskan pasukan kebangsaan?

"Saya tidak sabar untuk semua kembali bersama dan lihat bagaimana kami berkelakuan setiap hari.

“Saya mempunyai banyak pilihan. Saya teruja sepenuhnya untuk mengharungi musim ini kerana saya melihat perkara yang saya suka.

"Ia satu cabaran baru dan kami mampu memecahkan rekod sendiri."