Timbalan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Razman Roslan, mengakui terkejut dengan keputusan bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, yang melepaskan jawatannya selaku presiden, semalam.
Bekas pertahanan Selangor itu mewakili keluarga PFAM menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010 itu atas sumbangan sepanjang tiga penggal memikul tugas tersebut.
PFAM menghormati keputusan yang telah diambil, sambil berharap bekas bintang Selangor itu terus memberikan sokongan menerusi pandangan serta idea bernas yang boleh diutarakan demi kemajuan persatuan itu.
Dalam masa sama, Razman menyatakan kebersediaannya untuk menjawat tugas sebagai pemangku presiden sehingga pemilihan baru ahli jawatankuasa diadakan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PFAM yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.
"Kami sedikit terkejut, tetapi kami menerima dengan hati terbuka apa yang telah disuarakan oleh Safee Sali.
"Mungkin ada perkara yang lebih penting untuk dirinya.
"Pengaruh yang dibawa sangat besar. Kami menghargai setiap sumbangannya selama ini.
"Kami berharap dia terus memberikan sokongan kepada PFAM.
"Sudah pasti akan ada mesyuarat hala tuju selepas keputusan ini dibuat.
"Saya juga perlu bersedia dan mengambil tanggungjawab," katanya di Nadi Weekend.

?️ Reaksi Timbalan Presiden PFAM, Razman Roslan susulan peletakan jawatan Safee Sali selaku Presiden.@ASTROARENA pic.twitter.com/0cwrPe2U5P
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) June 28, 2025