LIGA PERDANA MSIA
Razip buru tiket Liga Perdana bersama MOF
Kekecewaan bersama Perlis dalam saingan Liga Perdana musim lalu tidak mematahkan semangat bekas jurulatih Harimau Muda, Razip Ismail, yang kini bertekad bangkit bersama MOF FC di pentas Piala FAM.
Musim lalu, Razip melepaskan jawatan pada 4 Mac selepas tujuh perlawanan bersama Perlis susulan gagal menghadiahkan sebarang kemenangan selain tewas lima kali.
Tanpa sebarang pasukan selepas detik itu, Razip dilamar MOF FC yang menyasarkan layak ke Liga Perdana selepas beberapa musim mencuba.
Iklan
Dia berharap MOF bakal memberikan tuah tersendiri dalam melonjakkan kembali kariernya sebagai jurulatih disegani.
"Ini tanggungjawab yang besar kerana pihak pengurusan menyasarkan MOF untuk layak ke Liga Perdana.
"Selepas empat tahun dalam Liga FAM, mereka mahu menjadikan tahun 2019 untuk beraksi dalam Liga Perdana," katanya.
Mengenai persiapan, MOF memilih formula pemain muda bagi memperkasakan cabaran pasukan.
Hanya membawa masuk beberapa pemain berpengalaman, Razip yakin MOF mampu melangkah jauh musim ini.
"Beberapa pemain berpengalaman dibawa masuk untuk mengimbangi pasukan ini serta memainkan peranan membimbing pemain muda," ujarnya lagi.
Must-Watch Video