Skip to main content

Bola Sepak

Rayuan Barcelona, Ososuna ditolak, perlawanan tetap berlangsung 27 Mac

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona.jpg
Permintaan Barcelona dan Osasuna gagal dalam rayuan untuk menunda perlawanan LaLiga yang telah dijadualkan semula, menurut kenyataan rasmi Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) pada awal pagi tadi.

Badan induk tersebut mewajibkan kedua-dua pasukan itu beraksi pada 27 Mac ini.

Perlawanan asal yang dijadualkan pada 8 Mac sebelum ini terpaksa ditangguhkan selepas pegawai perubatan kelab Barcelona, Carles Minarro Garcia, meninggal dunia sebelum sepak mula berjalan.

Ketika itu, kedua-dua pasukan sudah pun mengumumkan kesebelasan utama sebelum perlawanan dibatalkan.

Barcelona mengemukakan rayuan untuk menunda lagi perlawanan tersebut atas alasan kekurangan enam pemain utama mereka, termasuk Raphinha dan Ronald Araujo.

Raphinha, yang telah terlibat dalam 21 gol LaLiga untuk Barcelona musim ini, dijadualkan mewakili Brazil menentang Argentina pada 25 Mac. 

Ini bermakna dia hampir pasti tidak akan sempat kembali tepat pada masanya untuk memperkuatkan skuad Blaugrana.

Araujo pula akan beraksi bersama Uruguay menentang Bolivia pada hari yang sama, menjadikan peluangnya untuk kembali bagi perlawanan ini juga amat tipis.

Osasuna turut mengemukakan rayuan kerana mereka dijadualkan beraksi dua hari selepas perlawanan menentang Barcelona, iaitu menentang Athletic Bilbao pada 28 Mac. 

Pada asalnya, pertemuan itu sepatutnya dijadualkan bersambung pada 29 Mac.

Sebagai penyelesaian, LaLiga memutuskan untuk menunda perlawanan Osasuna menentang Athletic ke 30 Mac.

Advertisement

Must Watch Video