LIGA INGGERIS

Raul Jimenez terlepas kempen awal musim EPL

Shaiful Shamsudin 28/07/2022 | 01:38 MYT
Wolves pincang untuk menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022-2023 selepas penyerang utama, Raul Jimenez, perlu diketepikan selama beberapa minggu berikutan kecederaan lutut dan paha.
Jimenez, yang kembali ke pangkuan pasukan utama 12 bulan lalu selepas retak tulang tengkorak yang menyisihkannya dalam majoriti kempen 2020-21, dilaporkan mungkin terlepas aksi sekurang-kurangnya sebulan selepas terhincut-hincut dalam kemenangan perlawanan pemanas badan 3-0 ke atas Besiktas.
“Raul dikeluarkan dalam perlawanan menentang Besiktas selepas berasakan sesuatu di lutut dan pangkal pahanya,” menurut satu maklumat terkini di laman sesawang rasmi kelab itu.
"Ujian imbasan mendedahkan bahawa dia telah mengalami kecederaan ligamen kolateral medial di lututnya dan sedikit ketegangan di otot pahanya. Kedua-dua kecederaan tidak begitu serius tetapi dia dijangka akan berehat selama beberapa minggu."
Ketiadaan pemain berusia 31 tahun itu menjadi tamparan hebat yang turut menyaksikan dia bakal beraksi dalam Piala Dunia Qatar hujung tahun ini di mana Mexico akan menentang Poland, Argentina dan Arab Saudi dalam Kumpulan C.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia mengetuai jentera serangan El Tri dengan koleksi 30 gol dalam 97 penampilan -- rekod jaringan terbanyak di belakang bekas penyerang Manchester United, Javier Hernandez, yang meledak 52 gol.
Wolves yang kini perlu bersedia untuk memulakan musim depan tanpa penyerang tengah utama selepas meminjamkan pemain muda, Fabio Silva, kepada Anderlecht.
Jimenez menyumbat 40 gol EPL sejak berpindah ke Molineux pada 2018, dua kali ganda lebih banyak daripada pemain paling prolifik Wolves pada masa itu -- Diogo Jota dengan 16 gol.
#Wolves #EPL #Raul Jimenez
;