Pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara, ASEAN All-Stars, yang menggabungkan negara serantau akan berdepan cabaran gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, tanpa kelibat wakil Indonesia, esok.
Pertemuan Maybank Challenge Cup itu menyaksikan skuad kendalian jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, hampir sempurna apabila ke semua pemain yang menerima panggilan sedia menyahut cabaran merobek gawang The Red Devils.
Namun, menerusi kemas kini terbaru, pertahanan Port, Asnawi Mangkualam Bahar, menarik diri saat akhir tatkala khidmatnya diperlukan Patrick Kluivert bagi mengharungi persediaan sebelum turun dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Terdahulu, pemain Persija Jakarta, Muhammad Ferarri, juga harus melupakan panggilan.
Tiada penggantian dari Indonesia setakat ini.

❌️ Two players from Port FC, Peeradol Chamrasamee ?? and Asnawi Mangkualam ??, have officially withdrawn from the ASEAN All-Stars squad ahead of the high-profile friendly against Manchester United on 28 May. pic.twitter.com/HWtUMJc9F2
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 26, 2025