Marcus Rashford berharap mimpi ngeri England dalam saingan Euro 2016 menjadi motivasi untuk mengelak perkara sama daripada berulang di Russia.
Skuad England kendalian Roy Hodgson ketika itu disingkirkan oleh Iceland dalam pusingan kedua kejohanan tersebut.
Rashford hadir sebagai pemain gantian ketika menyaksikan England meraih kemenangan 2-1 ke atas Nigeria dalam aksi persahabatan pada Sabtu lalu yang melanjutkan sembilan kemenangan buat The Three Lions.
Penyerang Manchester United itu berharap England dapat mengekalkan prestasi berkenaan dan tidak tenggelam ketika menghadapi kejohanan berprestij itu nanti.
"Perasaan menerima kekalahan adalah sesuatu yang perit," kata Rashford.
"Jadi, kami mengambil kenangan pahit yang lalu dan membawanya ke Piala Dunia dan berharap menjadikan ia sebagai pemankin untuk mempamerkan aksi lebih memberangsangkan.
"Perkara utama untuk dibawa ke dalam kejohanan ini adalah keyakinan dalam diri sendiri. Kami akan terus berusaha untuk menampilkan aksi yang cemerlang di Russia nanti," katanya.
Dele Alli turut berharap untuk mendapat pengalaman lebih baik selepas beraksi dalam empat perlawanan dalam Euro 2016.
Aksi kurang konsisten daripada pemain tengah Tottenham itu menjadi persoalan bagaimana dia mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia tetapi pengurus pasukan, Gareth Southgate, menegaskan dia mungkin menjadi aset yang bernilai.
"Rekod jaringannya amat menakjubkan," kata Southgate.
"Bersama England, Alli masih gagal untuk mendapatkan sentuhan yang sama. Saya yakin dia mampu melakukan lebih baik di Russia nanti."